Kem tentera simpan mayat makhluk asing - Utusan Malaysia

Kem tentera simpan mayat makhluk asing

HANGAR 18 didakwa menyimpan serpihan UFO yang terhempas di Roswell dan mayat makhluk asing. - TENTERA AS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa individu mendakwa sebuah pangkalan tentera udara Amerika Syarikat (AS) menjadi ‘tempat penyimpanan rahsia’ pelbagai objek termasuk mayat makhluk asing dan serpihan objek tidak dikenal pasti (UFO) yang terhempas di Roswell.

Lapor Daily Star, ahli teori konspirasi mendakwa Hangar 18 di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson di Ohio terlibat dalam aktiviti makhluk asing sejak 1940an.

Mereka percaya Washington menyimpan bukti fizikal UFO di dalam sebuah gudang gelap di pangkalan tersebut.

Ia termasuk serpihan piring terbang, mayat makhluk asing dan juga bentuk hidupan di luar planet yang disimpan dalam gudang tersebut.

Kesemua itu didakwa disimpan di dalam sebuah bilik tertutup yang dikenali sebagai The Blue Room yang diilhamkan projek Blue Book.

Projek itu merupakan siasatan rasmi kerajaan AS terhadap puluhan penampakan UFO.

Majoriti teori yang menyelubungi Hangar 18 berpunca daripada nahas berlaku di Roswell Army Air Field.

Pada 1947, pangkalan tentera Roswell menerusi kenyataan akhbar memaklumkan pihaknya menemukan sebuah ‘piring terbang’ yang terhempas berhampiran kawasan itu, lapor The Sun.

Peminat UFO percaya serpihan nahas itu dibawa ke Hangar 18 yang masih disimpan sehingga hari ini.

Teori itu muncul berdasarkan beberapa laporan tidak berasas daripada bekas juruterbang yang pernah bekerja di pangkalan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya