Kapal perang AS berlayar lagi di Selat Taiwan - Utusan Malaysia

Kapal perang AS berlayar lagi di Selat Taiwan

KAPAL pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, Milius. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sekali lagi berlayar melintasi perairan Selat Taiwan.

Meskipun, usaha itu dianggap tentera AS sebagai sebahagian daripada aktiviti rutin mereka.

Namun, tindakan itu sentiasa membangkitkan kemarahan China yang percaya Washington cuba mencetuskan ketegangan serantau.

Menurut Tentera Laut AS, kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, Milius melakukan pelayaran rutin melintasi Selat Taiwan melalui perairan antarabangsa selaras dengan undang-undang.

“Pelayaran kapal melintasi Selat Taiwan itu menunjukkan komitmen AS terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

“Tentera AS akan melakukan penerbangan, belayar dan beroperasi di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa,” jelasnya.

Bulan lalu, tentera China mengecam AS dan Kanada kerana masing-masing menghantar kapal perang berlayar melalui Selat Taiwan.

China menegaskan tindakan dua negara itu mengancam keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.

Beijing mendakwa Taiwan merupakan sebahagian wilayahnya dan sudah beberapa kali menghantar pesawat tentera  menceroboh Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) kepulauan itu sepanjang tahun lalu sehingga mencetuskan kemarahan Taipei. 

AS seperti kebanyakan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan namun merupakan penyokong antarabangsa yang penting dan pembekal senjata kepada Taipei.

Beijing menyifatkan Taiwan sebagai isu paling sensitif dan penting dalam hubungannya dengan Washington.

Kapal Tentera Laut AS melintasi selat itu secara kerap pada setiap bulan sehingga membangkitkan kemarahan China.

Sekutu AS juga kadang kala menghantar kapal berlayar melintasi selat itu termasuk Britain pada September lalu. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya