KOTA BATU: Jumlah korban banjir kilat di Malang dan Batu meningkat kepada lapan orang ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari serta menyelamat.
Hujan lebat yang turun sejak semalam mencetuskan banjir di kedua-dua kawasan, menyebabkan banyak kediaman rosak akibat ditimbus lumpur dan sampah-sarap yang dihanyutkan banjir.
Enam orang dibawa keluar dengan selamat, manakala enam mayat ditemukan di batu dan dua lagi di Malang.
Hari ini, pasukan penyelamat meneruskan operasi SAR, terutamanya penduduk yang dilaporkan hilang.
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak dapat memastikan jumlah mangsa yang hilang.
Sementara itu, hujan lebat dan cuaca tidak menentu dijangka berterusan sehingga Februari depan. – AGENSI