Jumlah korban banjir di Kanada dijangka meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah korban banjir di Kanada dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABBOTSFORD: Pihak berkuasa Kanada mengerahkan sejumlah pasukan tentera ke lokasi yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah British Columbia.

Bencana alam yang berlaku menjejaskan ribuan penduduk dengan setakat ini sekurang-kurangnya seorang penduduk maut dan empat lagi hilang.

Pelabuhan terbesar Kanada di Vancouver turut terjejas akibat situasi yang berlaku dan pihak berkuasa negara ini tidak menolak kemungkinan jumlah korban bakal meningkat dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyifatkan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sebagai ‘paling teruk dalam sejarah’.

“Saya mengesahkan ratusan anggota tentera dikerah ke British Columbia untuk membantu penduduk yang terjejas, termasuk menghantar bekalan asas,” katanya.

Ketua Menteri British Columbia, John Horgan mengisytiharkan darurat di wilayah tersebut dan mengenakan sekatan perjalanan.

“Kami menjangkakan jumlah kematian akibat bencana ini boleh bertambah dalam masa terdekat,” ujarnya.

Pada musim panas lepas, British Columbia dilanda gelombang haba melampau dan kebakaran hutan yang menyaksikan lebih 500 orang maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya