Indonesia sekat kemasukan pengembara dari 10 negara Afrika - Utusan Malaysia

Indonesia sekat kemasukan pengembara dari 10 negara Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGERANG: Pengembara asing dari 10 negara Afrika serta Hong Kong atau pernah mengujungi kesemua negara tersebut dalam tempoh terdekat tidak dibenarkan memasuki Indonesia menerusi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, bermula hari ini.

Larangan itu dibuat susulan penemuan varian baharu Covid-19 di Afrika Selatan yang dikenali sebagai Omicron.

Kesemua 11 negara itu termasuk Afrika Selatan, Lesotho, Eswatini, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Zambia, Angola dan Hong Kong.

Ketua Pejabat Kesihatan Pelabuhan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Darmawali Handoko berkata, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan jabatan imigresen bagi mengesan sebarang kemasukan melibatkan pengembara dari 11 negara berkenaan.

“Sekiranya pihak berkuasa mengesan kemasukan mana-mana pihak dari 11 negara tersebut, mereka akan dihantar pulang pada kadar segera,” katanya.

Namun, pengembara yang pernah mengunjungi 11 negara itu masih boleh memasuki Indonesia dengan beberapa syarat.

Antaranya termasuk tidak mengunjungi 11 negara itu dalam tempoh 14 terakhir, mempunyai visa yang diluluskan oleh imigresen serta permit menetap, kemasukan melalui persetujuan perjalanan dan mendapat kelulusan daripada kementerian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya