Hampir 50,000 rakyat Singapura terima rawatan mental - Utusan Malaysia

Hampir 50,000 rakyat Singapura terima rawatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kira-kira 49,800 penduduk Singapura menerima rawatan kesihatan mental setiap tahun dari tahun 2016 hingga 2019.

Menurut Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan Singapura, Rahayu Mahzam, jumlah itu merangkumi rawatan kesihatan mental di hospital kerajaan dan swasta, poliklinik serta klinik awam.

Rahayu menerangkan perkara itu selepas ditanya oleh ahli Parlimen, Faisal Manap.

Faisal sebelum itu bertanya mengenai jumlah penduduk yang menerima rawatan kesihatan mental setiap tahun bermula 2016 hingga 2020, termasuk mereka yang dirawat kerana kemurungan, punca dan demografi.

Jumlah purata penduduk yang menerima rawatan bagi kemurungan dan tekanan setiap tahun dalam tempoh tersebut adalah 33,700 dan 34,000.

Kira-kira 60 peratus pesakit dengan masalah kemurungan berusia bawah 60 tahun, 70 peratusnya adalah bangsa Cina dan tinggal di rumah flat yang kecil.

“Data bagi tahun 2020 belum diperoleh dan pecahan pesakit mengikut tahap pendidikan juga tiada,” kata Rahayu.

Kajian Kesihatan Mental Singapura 2016 (SMHS) mendapati, penduduk menganggur, pasangan suami isteri bercerai atau berpisah mempunyai ‘kaitan rapat’ dengan tekanan yang dihadapi.

Kajian sama juga tidak menolak kemungkinan tertekan menjadi faktor risiko kepada kemurungan.

Kajian serupa pada 2010 pula mendapati, hampir separuh daripada pesakit mental mempunyai penyakit fizikal kronik yang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN