Hampir 1,000 orang ditahan sejak Ethiopia isytihar darurat - Utusan Malaysia

Hampir 1,000 orang ditahan sejak Ethiopia isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mengenai penahanan penduduk yang semakin meningkat di Ethiopia sejak negara itu mengisytiharkan darurat pada 2 November lalu.

Menurut PBB, kebanyakan individu itu ditahan di Addis Ababa, Gondar, Bahir Dar dan beberapa lokasi lain asal penduduk Tigray.

“Sekurang-kurangnya 1,000 individu dipercayai ditahan dengan beberapa laporan mendedahkan jumlah yang lebih tinggi,” kata jurucakap agensi itu, Liz Throssell.

Penahanan itu berlaku sejak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abiy Ahmed mengisytiharkan darurat dua minggu lalu apabila anggota kumpulan Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) mengancam untuk berarak ke ibu negara.

Menurut peguam, ribuan penduduk Tigray ditahan secara sewenang-wenangnya sejak pengumuman darurat itu.

Pengisytiharan darurat itu antara lain membenarkan pihak berkuasa menahan sesiapa sahaja yang disyaki menyokong kumpulan pengganas tanpa perlu mengemukakan waran.

Antara individu yang ditahan adalah beberapa kakitangan yang bekerja di PBB.

Sementara itu, Setiasaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu kenyataan menggesa kakitangan agensi itu dibebaskan dengan segera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya