Guru komited mengajar sehari selepas pembedahan buang tumor - Utusan Malaysia

Guru komited mengajar sehari selepas pembedahan buang tumor

KATHERINE Meucci membacakan buku cerita kepada muridnya sehari selepas menjalani pembedahan. – SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang guru di Pennsylvania kembali mengajar muridnya secara dalam talian dari hospital, sehari selepas menjalani pembedahan membuang tumor di kepalanya.

Lapor Mirror, Katherine Meucci menjadi guru di Sekolah Rendah Benjamin Franklin di Pittsburg, Pennsylvania selama tujuh tahun sebelum didiagnosis menghidap barah otak.

Meskipun ketumbuhan tersebut tidak berbahaya pada ketika itu, Meucci dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk membuang tumor dengan segera.

Bagaimanapun, wanita berusia 39 tahun itu bertekad untuk tidak mengabaikan tugas hakiki mendidik muridnya.

Selepas 24 jam menjalani pembedahan tersebut 13 Oktober lalu, Meucci menerusi Facebook Live membacakan buku cerita kepada murid gred empat dari hospital.

Dua tahun lalu, Muecci mula membaca buku cerita kepada muridnya setiap malam Khamis sebagai salah satu cara untuk mengenali pelajarnya dengan lebih dekat.

“Murid-murid saya begitu bimbang dan memerlukan saya. Mereka perlu melihat saya masih dalam keadaan baik selepas pembedahan tersebut,” katanya.

Muecci menyedari mengenai penyakit dialaminya selepas pernah pengsan beberapa kali dan mengalami rasa pening sepanjang pandemik Covid-19.

Selepas melakukan pemeriksaan di hospital, beberapa imbasan mendedahkan Muecci mempunyai tumor otak sebesar bola skuasy. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya