Guru dengan kaki dan tangan bionik tidak putus asa mengajar semula - Utusan Malaysia

Guru dengan kaki dan tangan bionik tidak putus asa mengajar semula

KATH Tregenna menggunakan Hero Arms yang mempunyai sensor yang mampu mengesan isyarat otot kecil dan mengubahnya menjadi pergerakan. - PAUL UNDERHILL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang guru yang kehilangan kedua tangan dan kakinya akibat jangkitan kuman dilaporkan kembali mengajar pelajar di sekolah antarabangsa London.

Lapor Daily Mail, Kath Tregenna digelar sebagai ‘wanita bionik’ dalam kalangan murid-muridnya dan mereka terbuka hati menerima keadaan dirinya.

Wanita berusia 47 tahun dari Datchet, Berkshire itu menerima alat bantuan sokongan bionik yang membolehkannya menggunakan tangan dan berjalan seperti individu lain. 

Ia bukan sekadar sepasang lengan bionik yang menakjubkan namun semangat luar biasa ditunjukkan oleh guru tersebut yang menyaksikannya kembali bekerja walaupun kehilangan empat anggota badannya.

Hampir genap dua tahun selepas keluarganya dimaklumkan untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat kali terakhir kepadanya di hospital, Tregenna kini kembali melakukan perkara yang paling digemarinya.

Guru tersebut menggunakan tangan prostetik, Hero Arms yang mempunyai sensor yang mampu mengesan isyarat otot kecil dan mengubahnya menjadi pergerakan.

Malah, dia terpaksa mengajar dirinya untuk berjalan semula dengan menggunakan kaki palsu sepanjang menjaga dua anaknya yang masing-masing berusia 12 dan 8 tahun.

Tregenna melakukan segala kerjanya daripada memandu sendiri ke sekolah sehingga menulis di papan putih dan mengajar matematik dengan cara paling menyeronokkan.

“Saya tahu kehidupan saya ini tidak akan menjadi sama seperti sebelum ini.

“Namun, saya tidak mahu pandang ke belakang. Selepas hampir kehilangan segala-galanya, saya amat bersyukur kerana masih hidup,” katanya.

Pada akhir November 2019, Tregenna mengalami demam dan kesihatannya merosot apabila sepsis menjejaskan badannya.  

Dia mengalami kira-kira 11 serangan jantung dan kegagalan pelbagai organ, menyebabkan doktor terpaksa memotong kedua-dua kaki dan tangannya bagi mengelakkan jangkitan itu terus merebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya