Gelombang haba ‘Lucifer’ bakal landa Eropah - Utusan Malaysia

Gelombang haba ‘Lucifer’ bakal landa Eropah

CUACA panas dan kering
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) memberi amaran Eropah bakal dilanda gelombang haba ekstrem mencecah suhu 50 darjah Celcius setiap tiga tahun, sekiranya pelepasan gas rumah hijau masih meningkat. 

Situasi itu dapat dielakkan sekiranya dunia mengambil tindakan membendung masalah tersebut.

Benua Eropah dijangka dilanda gelombang haba yang digelar ‘Lucifer’ pada 2100. 

Prof. Peter Stott memberitahu BBC Panorama, situasi semasa menunjukkan peluang suhu ekstrem itu berlaku semakin meningkat. 

“Kami menjadi lebih yakin apabila melihat cuaca ekstrem dengan perubahan iklim ketik ini. 

“Sains telah membuktikan lebih cepat kita mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, lebih banyak kita boleh elakkan kesan perubahan iklim yang paling teruk,” katanya. 

Pada 2017, gelombang haba yang dinamakan ‘Lucifero’ dalam bahasa Itali itu melanda selatan Eropah dengan suhu melepasi 40 darjah Celcius. 

Ogos lalu, Itali merekodkan kejadian sama apabila negara Eropah itu dilanda suhu panas melampau setinggi 48.8 darjah Celcius. 

Analisis terkini itu muncul selepas pemimpin dan penggubal polisi dari seluruh dunia menghadiri Persidangan Perubahan Iklim (C0P26) di Glasgow. 

Beberapa negara turut melafazkan ikrar termasuk India yang mengumumkan akan mengurangkan kadar pelepasan karbon kepada angka sifar pada 2070. 

Sementara itu, saintis menjelaskan terdapat keperluan mengurangkan pelepasan karbon sehingga angka sifar di peringkat global pada 2050 bagi mengelakkan suhu meningkat 1.5 darjah Celcius serta kesan buruk akibat perubahan iklim. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya