LOS ANGELES: Busana yang dipakai mendiang penyanyi Amy Winehouse ketika melakukan persembahan terakhir sebelum dia meninggal dunia dijual pada harga AS$243,200 (RM1 juta) dalam satu acara lelong.
Winehouse mengenakan gaun berwarna hijau dan bercorak buluh hitam ketika mengadakan persembahan di Belgrade pada 2011.
Sebulan kemudian, iaitu pada 23 Julai, penyanyi itu ditemukan maut akibat keracunan alkohol pada usia 27 tahun.
Gaun itu merupakan antara 800 koleksi barangan peribadi Winehouse termasuk buku, alat solek dan cakera padat digital (DVD) yang dilelong ibu bapanya.
Kesemua barangan tersebut mengaut hasil lelongan sebanyak AS$4 juta (RM17 juta), dua kali ganda daripada yang dijangkakan.
Kesemua duit jualan itu akan disalurkan ke Yayasan Amy Winehouse yang memberi khidmat sokongan kepada golongan muda yang mempunyai masalah ketagihan dadah serta alkohol. – AFP