Dua pengembara dari Afrika Selatan transit di Singapura disahkan positif Omicron - Utusan Malaysia

Dua pengembara dari Afrika Selatan transit di Singapura disahkan positif Omicron

PESAWAT Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua pengembara yang menaiki penerbangan dari Afrika Selatan dan transit di Singapura, dikesan positif varian baharu Covid-19, Omicron ketika tiba di Sydney, Australia.

Mereka tiba di Sydney pada pukul 9.20 malam waktu tempatan kelmarin menggunakan pesawat Singapore Airlines (SIA) dengan nombor penerbangan SQ211 yang berlepas dari republik ini pada pukul 10.30 pagi hari yang sama.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, dua pengembara tersebut berlepas dari Johannesburg dengan menaiko pesawat SQ481 pada 27 November lalu dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari sama untuk transit.

Bermula pukul 11.59 malam Sabtu lalu, semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe dalam tempoh 14 hari lalu, dilarang memasuki atau transit di Singapura.

Jelas kementerian itu, ujian saringan prapenerbangan di Afrika Selatan terhadap dua pengembara tersebut negatif dan kebanyakan penumpang pesawat berkenaan kekal di kawasan transit di Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 November lalu.

Menurut MOH, pengembara itu tidak memasuki Singapura mahupun melawat kawasan lain di lapangan terbang tersebut.

Tujuh penumpang mendarat di mana enam daripadanya kini menjalani kuarantin selama 10 hari di sebuah fasiliti khusus dan akan menjalani ujian saringan PCR.

“Seorang lagi adalah kontak rapat kepada individu dijangkiti dalam penerbangan itu, dan sudahpun dikuarantin.

“Pengesanan kontak sedang diteruskan ke atas kakitangan lapangan terbang yang berkemungkinan mempunyai kontak seketika dengan kes terbabit,” jelas kementerian itu.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan New South Wales dalam satu kenyataan, semalam, memaklumkan kedua-dua penumpang terbabit tiba di Sydney dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat SIA SQ211.

Menurut kenyataan itu lagi, dua individu terbabit sudah lengkap vaksinasi serta diasingkan di kemudahan kesihatan khas.

“Semua individu yang berada dalam pesawat itu dianggap sebagai kontak rapat, sekali gus perlu segera menjalani ujian saringan COVID-19 dan dikuarantin 14 hari, tanpa mengambil kira status vaksinasi mereka,” jelas kenyataan itu.

Justeru, pihaknya akan menghubungi semua penumpang dan kru pesawat bagi memaklumkan mengenai keperluan pengasingan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya