BERLIN: Seorang Diplomat Rusia ditemukan maut di kaki lima di luar pejabat kedutaan di Berlin, bulan lalu.
Kes kematian itu baru terbongkar sejak semalam, lapor CNN.
Pihak berkuasa Jerman percaya insiden itu didalangi oleh ejen rahsia dari agensi perisikan Rusia.
Mayat lelaki berusia 35 tahun itu ditemukan mati pada waktu pagi, 19 Oktober lalu.
Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat atas bangunan kedutaan Rusia di ibu negara Jerman.
Majalah Der Spiegel melaporkan punca kematian dan bagaimana mangsa boleh terjatuh belum terjawab sehingga hari ini.
Diplomat itu ditauliahkan sebagai setiausaha kedua di pejabat kedutaan Rusia di Berlin sejak 2019.
Pihak keselamatan Jerman percaya mangsa sebenarnya adalah pegawai perisik bagi perkhidmatan keselamatan dalaman dan perisikan, FSB Rusia.