Covid-19 takkan berakhir - Utusan Malaysia

Covid-19 takkan berakhir

PENUNJUK perasaan menyuarakan bantahan berhubung peraturan Majlis Perbandaran Los Angeles yang mewajibkan pekerja dan kontraktor divaksin di Grand Park, Los Angeles, California. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pandemik Covid-19 diramalkan tidak akan hilang dengan begitu mudah, malah berkemungkinan besar akan kekal buat selama-lamanya.

Tidak mungkin negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) apatah lagi dunia, dapat menghapuskan sepenuhnya jangkitan koronavirus yang menyebabkan pandemik Covid-19.

Namun, suatu hari nanti kes Covid-19 pasti mampu dikawal dan hospital tidak lagi dibanjiri pesakit jangkitan virus itu.

Ramai pakar meramalkan penularan jangkitan koronavirus akan kelihatan seperti influenza bermusim.

Namun, Pakar Epidemiologi di Universiti Michigan, Prof. Dr. Arnold Monto berkata, apa yang tidak dapat dipastikan adalah bagaimana dan bilakah situasi tersebut akan berlaku.

“Tiada ukuran mahupun garis masa ditetapkan dapat menyatakan ia merupakan wabak atau pandemik.

“Ia bukannya berdasarkan peraturan tetapi apa yang perlu anda lakukan untuk mengawal pandemik tersebut.

“Apa yang membezakan adalah vaksin kami jauh lebih berkesan berbanding kebiasaan yang dilaporkan,” katanya kepada CNN.

Monto yang merupakan pemangku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS memaklumkan berita baiknya adalah mengenai keberkesanan vaksin.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh meramalkan masa depan Covid-19 dan kemunculan varian koronavirus baharu seperti Delta yang sudah mengubah situasi semasa.

“Dengan perubahan corak penyebaran selepas kemunculan varian baharu, kita kini menyaksikan penularan yang lebih meluas dan seragam di seluruh dunia.

“Ini sekali gus menjadikan pengisytiharan penamatan pandemik lebih sukar kerana corak penularan sudah berubah dan mungkin terdapat beberapa tempat yang belum mengalami jenis gelombang yang dilalui seluruh dunia,” katanya.

TUNGGU DAN LIHAT

Monto dan beberapa pemimpin kesihatan awam menjangka dunia boleh menjejaki penularan SARS-CoV-2 pada masa hadapan sama seperti kaedah digunakan untuk memantau selesema bermusim.

“Kami tidak pasti sama ada kita akan mengesan corak bermusim demikian dengan SARS-CoV-2 namun kebanyakan virus membabitkan penyakit pernafasan mula bertindak sebagai kejadian bermusim.

“Ini merupakan corak bermusim duluan bagi beberapa kes koronavirus yang menjangkiti penduduk.

“Kami tidak pasti sama ada SARS-CoV-2 akan bertindak seperti itu, namun ia memberikan gambaran kepada saintis mengenai satu senario yang mungkin berlaku,” katanya.

Menurut Monto, semua pihak perlu mengambil pendekatan `tunggu dan lihat’ untuk mengetahui bagaimana fasa endemik koronavirus kelihatan.

AS PERLU CAPAI IMUNITI

Seorang ahli epidemiologi dari Boston College, Dr. Philip Landrigan berpandangan, AS perlu membina imuniti terhadap koronavirus untuk beralih daripada pandemik ke fasa endemik.

Ini secara tidak langsung bermakna lebih ramai rakyat perlu mendapatkan suntikan vaksin.

Katanya, peralihan fasa itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan sebahagian rakyat AS masih enggan divaksin, malah ada juga golongan yang tidak mahu memakai pelitup muka.

Setakat ini, hanya 58 peratus penduduk AS sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya