China letak 300 kapal maritim tuntut Laut China Selatan - Utusan Malaysia

China letak 300 kapal maritim tuntut Laut China Selatan

KAPAL Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah bot Filipina pada 2014 dan kejadian sama berulang lagi, baru-baru ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kajian terkini dari Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Amerika Syarikat (CSIS) mendedahkan kemungkinan terdapat 300 kapal peronda maritim China mengawal Pulau Spratly di Laut China Selatan pada satu-satu masa.

Tindakan itu menunjukkan Beijing terus berazam mempertaruhkan tuntutan kontroversinya ke atas perairan yang dipertikaikan, lapor al-Jazeera.

Pengarah Program Asia Tenggara  dan Inisiatif Ketelusan Maritim Asia di CSIS, Greg Poling berkata, terdapat usaha yang jelas untuk menempatkan penguat kuasa maritim sejak Presiden China, Xi Jinping berkuasa di perairan itu.

Jelasnya, kapal nelayan maritim profesional (MMFV) beroperasi dari beberapa pelabuhan di Hainan iaitu sebuah pulau di luar pantai selatan China, manakala armada tulang belakang Spratlys (SBFV) adalah bot nelayan yang dipasang semula dan beroperasi dari lima pelabuhan di wilayah selatan Guangdong.

“Beijing boleh mendakwa ia adalah pelakon komersial, tetapi penderiaan jauh dan bukti fotografi boleh digabungkan untuk membezakan kapal tentera dengan bukan tentera,” katanya.

Awal tahun ini, kira-kira 200 kapal terlibat dalam perselisihan berpanjangan dengan Filipina di Whistun Reef yang sebelum ini tidak berpenghuni di Spratlys.

Khamis lalu, Filipina menuduh kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah bot yang sedang menghantar bekalan makanan kepada pasukan tentera lautnya.

Kerajaan Filipina turut mengeluarkan amaran supaya Beijing segera berundur dari kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan itu.

Sementara itu, Felo Penyelidik di Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik, Universiti Teknologi Nanyang Singapura berkata, perbezaan antara aktiviti komersial dan pertahanan oleh pasukan maritim China sering kelihatan kabur.

Hal ini katanya, banyak kapal masih terlibat dalam operasi penangkapan ikan berskala besar, sambil turut bekerja bersama pasukan tentera peronda atau penguatkuasa undang-undang.

“Ini bermakna dalam rutin harian, anggota maritim China mungkin berada di luar sana menjalankan aktiviti menangkap ikan seperti biasa, serta melaksanakan misi patriotik dalam masa sama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya