BEIJING: Presiden China, Xi Jinping berikrar untuk menyumbang kira-kira satu bilion dos vaksin Covid-19 ke Afrika.
Lapor BBC, menurut beliau, langkah itu bagi membantu merapatkan `jurang vaksinasi’ yang dialami oleh negara itu.
Jinping membuat ikrar tersebut dalam satu sidang video yang disiarkan di sidang kemuncak China-Afrika di Dakar, Senegal .
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 600 juta dos vaksin akan dibekalkan secara langsung daripada kerajaan China manakala 400 juta lagi diperoleh menerusi sumber lain seperti syarikat pengeluar vaksin yang dibiayai.
Setakat ini, China sudah menyumbang kira-kira 180 juta dos vaksin Covid-19 kepada negara Afrika.
Keputusan itu dibuat di tengah-tengah penularan varian koronavirus baharu, Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan. – AGENSI