China bina replika kapal Tentera Laut AS - Utusan Malaysia

China bina replika kapal Tentera Laut AS

RAKAMAN imej satelit di Ruoqiang, Xinjiang.-MAXAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tentera China membina replika dalam bentuk kapal pengangkut pesawat Tentera Laut dan kapal perang Amerika Syarikat (AS) di kawasan gurun Xinjiang.

Rakaman dari imej satelit Maxar menunjukkan tempat itu berkemungkinan menjadi operasi latihan sekali gus mencerminkan usaha China membina keupayaan anti pengangkutan khususnya terhadap Tentera Laut AS.

Imej-imej satelit menunjukkan garis besar skala penuh kapal induk AS dan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu pemusnah kelas Arleigh Burke dibina di kawasan yang kelihatan seperti kompleks jarak sasaran baharu di Gurun Taklamakan.

Institut Tentera Laut AS yang memetik laporan perisikan syarikat geospatial, All Source Analysis memaklumkan kompleks itu digunakan untuk ujian peluru berpandu balistik.

Program peluru berpandu anti-kapal China diawasi oleh Pasukan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLARF).

Kementerian Pertahanan China belum memberikan sebarang komen mengenai perkembangan terkini itu.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya