Cemburu bekas suami ada kekasih baharu, wanita lemaskan lima anak - Utusan Malaysia

Cemburu bekas suami ada kekasih baharu, wanita lemaskan lima anak

LOKASI lima mayat kanak-kanak ditemukan maut di pangsapuri di bandar Solingen, barat Jerman, 3 September 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang wanita di Jerman dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh lima anak kandungnya, tahun lalu. 

Difahamkan, wanita itu tergamak melakukan jenayah tersebut selepas melihat gambar bekas suaminya dengan wanita lain, lapor Daily Mail. 

Christiane K, 28, didakwa membunuh anak perempuannya, Melina, Leonie dan Sophie masing-masing berusia satu, dua dan tiga tahun, manakala, anak lelakinya Timo dan Luca berusia enam dan lapan tahun. 

Kejadian berlaku September tahun lalu apabila wanita itu melemaskan lima daripada enam anaknya dalam bilik air dan kemudian meletakkan badan mangsa di atas katil.

Anak sulungnya, Marcel, 11, bagaimanapun terselamat kerana semasa kejadian dia berada di sekolah. 

Marcel memberitahu mahkamah, ibunya mengajak dia melompat di landasan kereta api bersama-sama selepas pulang ke rumah.

Kanak-kanak itu menolak melakukan perkara tersebut dan menaiki kereta api ke rumah neneknya. 

Tertuduh akhirnya cuba membunuh dirinya dengan melompat ke laluan kereta api di Dusseldorf, namun terselamat dan ditangkap oleh pihak polis. 

Mahkamah di bandar Solingen menjatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kepada wanita itu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya