Bola tampar dalam filem Cast Away dilelong RM1.3 juta - Utusan Malaysia

Bola tampar dalam filem Cast Away dilelong RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebiji bola tampar yang digunakan sebagai prop dalam filem ‘Cast Away’ pada 2000 dijual pada harga AS$308,000 (RM1.3 juta) dalam satu jualan lelong.

Dalam filem tersebut, bola itu menjadi satu-satunya sahabat yang menemani watak Chuck Noland lakonan Tok Hanks yang diberi nama sebagai Wilson ketika terdampar di sebuah pulau terpencil.

Menurut agensi lelong, Prop Store, bola itu sengaja dibiarkan kelihatan kotor dan terendam lama dalam air ketika penggambaran dilakukan.

Filem arahan Robert Zemeckis itu juga menyaksikan Hanks menerima pencalonan Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Terbaik.

Namun, Hanks dikalahkan rakan seperjuangannya, Russell Crowe yang membintangi filem Gladiator.

Menerusi Cast Away, Noland sering berbual dengan Wilson bagi memastikan kewarasannya terpelihara ketika dia berusaha untuk meneruskan kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya