Bendera Perancis bertukar warna? - Utusan Malaysia

Bendera Perancis bertukar warna?

BENDERA Perancis yang dikibarkan di pintu masuk Istana Elysee di Paris pada Januari tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pejabat Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan menukar warna biru pada bendera kebangsaan negara ini yang dikibarkan di sekitar Istana Elysee.

Warna biru pada bendera tersebut digelapkan untuk kelihatan seperti selepas revolusi Perancis.

Lapor The Guardian, pembantu presiden memaklumkan perubahan itu berlaku pada Julai tahun lalu dan tiada sesiapa menyedari perkara tersebut sehingga kini.

Tentera laut Perancis menggunakan warna biru laut sejak abad ke-18 apabila bendera mula menjadi simbol revolusi.

Perancis memperkenalkan bendera kebangsaannya dengan warna biru lebih terang pada tahun 1970-an.

Berdasarkan laporan stesen radio Europe 1, langkah tersebut digalakkan oleh pengarah operasi kepada Macron, Arnaud Jolens dan penasihat Bruno Roger-Petit dengan dorongan daripada pegawai tentera laut yang membentuk ketua kakitangan tentera Elysee pada masa itu.

Menurut pegawai, warna biru laut dianggap lebih elegan namun mereka juga merasakan ia ‘bersambung semula dengan simbol revolusi Perancis’.     

Beberapa pihak lain pula mempunyai teori berlainan antaranya warna biru lebih gelap yang nyata berbeza dengan tona biru pada bendera Kesatuan Eropah (EU) menandakan keretakan antara Perancis dan Eropah.

Sementara itu, pembantu presiden menafikan dakwaan kononnya perubahan berkenaan menandakan ‘penentangan terhadap warna biru yang digunakan pada bendera Eropah’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya