Belum dengar album baharu Adele, wartawan digantung tugas - Utusan Malaysia

Belum dengar album baharu Adele, wartawan digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pengacara program televisyen Australia, Weekend Sunrise, Matt Doran digantung tugas selama dua minggu selepas didapati menyinggung perasaan penyanyi terkenal, Adele.

MATT Doran (depan)

Lapor Daily Mail, wartawan dari Channel Seven pada mulanya berlepas ke London untuk menemu bual diva pop berusia 33 tahun itu.

Berdasarkan laporan Daily Telegraph, Doran ketika sesi temubual itu mengakui belum mendengar album terbaharu Adele.

Pengacara televisyen itu kemudian digantung tugas oleh majikan Seven Network, lapor akhbar tersebut.

“Doran menemubual Adele selama 20 hingga 30 minit. Dalam tempoh itu, pengacara tersebut gagal mengutarakan sebarang soalan berhubung album terbaharunya.

“Ketika Adele bertanya tentang pandangan pengacara itu mengenai album baharu berjudul 30, Doran mengakui dia masih belum mendengarnya,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, Adele tersinggung dengan tindakan pengacara itu lalu berhenti dan keluar daripada sesi temubual tersebut.

Namun, seorang sumber mendakwa sesi temubual itu sudah berakhir apabila artis tersebut bertanyakann soalan terbabit kepada Doran.

Walaupun sesi wawancara itu dirakam awal, label Sony dilaporkan menghalang Seven Network untuk menyiarkan mana-mana bahagian temubual berkenaan. 

Rangkaian tersebut didakwa membelanjakan AS$1 juta (RM4.18 juta) bagi wawancara eksklusif bersama Oprah Winfrey dengan penyanyi itu dan rakaman dari konsert One Night Only

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya