Bayi dilahirkan dengan ekor sepanjang 12cm - Utusan Malaysia

Bayi dilahirkan dengan ekor sepanjang 12cm

KEADAAN bayi yang dilahirkan dengan ekor serta ‘bebola daging’ di hospital di Fortaleza, Brazil. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FORTALEZA: Seorang bayi dilahirkan dengan keadaan jarang berlaku apabila mempunyai ekor sepanjang 12 sentimeter (cm) pada bahagian punggung kirinya, berserta ‘bebola daging’ berukuran 4 cm.

Keadaan itu mengejutkan para doktor di Hospital Kanak-Kanak Albert Sabin di sini yang selepas itu melakukan pembedahan bagi membuang ekor dan bola daging berkenaan.

Kelahiran dan keadaan bayi itu turut dimasukkan ke dalam Jurnal Laporan Kes Pembedahan Pediatrik untuk tujuan penyelidikan.

Kebiasaannya, bayi dalam kandungan memang mempunyai ekor, namun selepas beberapa minggu usia kehamilan, ekor itu akan lenyap.

Bagaimanapun, kes bayi berkenaan amat istimewa apabila ekor tersebut terus tumbuh sehingga dia dilahirkan.

Para doktor mengesahkan ekor bayi itu tidak mempunyai tulang dan merupakan satu daripada 40 kes yang pernah direkodkan dengan kes pertama dicatatkan berlaku pada abad ke-19.

Bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada minggu 35 kehamilan pada Januari tahun ini dan tidak mempunyai sebarang komplikasi kecuali ekor tersebut.

Kedudukan ekor itu yang tidak terletak pada saraf penting membolehkan doktor membuangnya tanpa sebarang komplikasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya