Bayi dibuang dalam longkang, diselamatkan sekumpulan kucing - Utusan Malaysia

Bayi dibuang dalam longkang, diselamatkan sekumpulan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang bayi berusia lima hari yang ditemukan dibuang dalam sebuah longkang di Mumbai, India, berjaya diselamatkan.

Lapor portal Suara.com, bayi perempuan itu yang sedang menerima rawatan di hospital Rajawadi, dilaporkan semakin pulih.

Pasukan doktor memberitahu BBC, kesihatan bayi itu kini baik dan stabil namun pihaknya masih akan memantau keadaannya.

Menurut polis, penduduk menemukan bayi berkenaan di dalam longkang tersebut selepas sekumpulan kucing jalanan membuat bunyi bising.

Katanya, bunyi kucing mengiau kuat seolah-olah memberi isyarat kepada penduduk mengenai penemuan bayi itu.

Polis ketika ini sedang menyiasat bagaimana bayi perempuan itu dibuang dalam longkang.

Pihak berkuasa tidak membuat sebarang spekulasi mengenai motif pelaku yang membuang bayi perempuan tersebut.

Namun, berdasarkan beberapa kes dilaporkan sebelum ini, pembuangan bayi perempuan biasanya dilakukan oleh ibu bapa kecewa yang tidak mendapat anak lelaki ketika bersalin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya