LONDON: Barbados akan menyingkir Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara pada minggu depan sekaligus membolehkan negara kepulauan itu bergelar republik.
Tindakan Barbados menyingkirkan Ratu Elizabeth II dilihat sebagai tanda keyakinan untuk mentadbir negara.
Menurut seorang ahli sejarah, Profesor Sir Hilary Beckles, ia merupakan pengakhiran eksploitasi penjajah dari segi minda dan fizikal.
“Penduduk pulau ini telah berjuang bukan sahaja untuk kebebasan dan keadilan tetapi untuk mengeluarkan diri mereka daripada kezaliman pihak berkuasa empayar dan penjajah,” ujarnya yang juga naib canselor Universiti West Indies.
Beliau juga menyifatkan penyingkiran itu sebagai detik bersejarah bagi Barbados, Caribbean dan semua masyarakat pasca kolonial.
Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara bagi United Kingdom (UK) dan 15 negara lain yang sebelumnya berada di bawah pemerintahan Inggeris termasuk Australia, Kanada dan Jamaica.
Sebelum ini, Gabenor Jeneral Barbados, Dame Sandra Mason menyatakan pendirian Perdana Menteri, Mia Mottkey bahawa sudah tiba masanya negara itu meninggalkan era penjajahan. – REUTERS