Barbados kini berstatus republik - Utusan Malaysia

Barbados kini berstatus republik

PRESIDEN pertama Barbados, Dame Sandra Mason ketika menghadiri majlis angkat sumpah pelantikannya di Bridgetown. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRIDGETOWN: Barbados secara rasminya mengisytiharkan negara ini menjadi republik, selepas memutuskan hubungan dengan monarki Britain yang menyaksikan Ratu Elizabeth menjadi ketua negara itu sebelum ini.

Dalam satu upacara yang dihadiri oleh Putera Charles, bendera rasmi raja negara Barbados diturunkan sebagai simbolik kepada pertukaran republik.

Upacara itu juga menyaksikan Sandra Mason dilantik sebagai presiden pertama Barbados.

“Saya, Sandra Prunella Mason bersumpah untuk taat setia dan memimpin Barbados dengan sepenuh hati mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam majlis angkat sumpah.

Era baharu negara ini yang dihuni kira-kira 285,000 penduduk menyaksikan berakhirnya pengaruh Britain sejak berabad lalu.

Sekatan Covid-19 dilonggarkan buat sementara waktu bagi membolehkan rakyat Barbados meraikan hari bersejarah itu di seluruh negara.

“Kami akan terus mengingati Ratu Elizabeth, Putera Charles, mendiang Puteri Diana dan perkahwinan diraja Britain.

“Kami berpendapat, perubahan ini (menjadi republik) merupakan keputusan yang tepat dan merupakan saat paling membanggakan untuk penduduk Barbados,” katanya.

Sementara itu, penyanyi terkenal Hollywood yang berasal dari Barbados, Rihanna turut serta dalam upacara bersejarah tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya