Bandar Brazil jadi destinasi pelancongan halal - Utusan Malaysia

Bandar Brazil jadi destinasi pelancongan halal

MASJID Omar Ibn al-Khattab di Foz do Iguacu, Brazil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Bandar Foz do Iguacu merupakan satu daripada destinasi terkenal di Brazil dan menerima kunjungan  lebih dua juta pelancong pada 2019.

Namun, jumlah itu menyusut mendadak akibat pandemik Covid-19 dan kini, bandar tersebut dalam persediaan untuk menjadi pusat pelancongan halal untuk pelancong Islam dari seluruh dunia.

Terletak antara sempadan bandar Puerto Iguazu di Argentina dan Ciudad del Este di Paraguay, Foz do Iguacu mempunyai kira-kira 20,000 populasi Arab.

Jumlah itu merangkumi tujuh peratus daripada jumlah 260,000 penghuni yang kebanyakannya bergama Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Cdial Halal, iaitu syarikat yang mengeluarkan sijil halal di Brazil, Ali Saifi berkata, bandar tersebut sudah bersedia menerima pelancong Islam dan menyediakan perkhidmatan halal.

“Bandar ini mempunyai pelbagai sumber alam yang menarik termasuk Air Terjun Iguacu.

“Pemilihan konsep halal ini bertujuan memberikan pengalaman serta pilihan yang lebih selesa kepada pelancong Islam dari seluruh dunia,” katanya kepada Arab News.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya