B.1.1.529 diisytihar sebagai Omicron - Utusan Malaysia

B.1.1.529 diisytihar sebagai Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan varian baharu Covid-19, B.1.1.529 sebagai varian membimbangkan (VOC).

WHO turut menamakan varian yang dikesan pertama kali di Afrika Selatan itu sebagai Omicron.

Menurut WHO, setakat ini, kategori VOC hanya diberikan kepada empat varian. 

WHO memaklumkan, saintis dijangka mengambil masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan kajian mengenai mutasi varian baharu itu.

Dilaporkan, varian B.1.1.529 mempunyai sejumlah besar mutasi dan bukti awal menunjukkan terdapat peningkatan risiko jangkitan semula.

Pihak berkuasa kesihatan ketika ini sedang berusaha untuk menentukan sama ada Omicron lebih mudah menular atau berjangkit berbanding varian lain serta keberkesanan vaksin sedia ada terhadapnya. 

Penemuan varian koronavirus baharu itu mencetuskan amaran global apabila sebahagian besar negara bergegas menyekat kemasukan dari Afrika Selatan bagi mengekang penularan Omicron.

Malah, perkembangan itu turut menyaksikan pasaran saham di kedua-dua belah Atlantik mengalami kejatuhan paling besar dalam tempoh lebih setahun.  

Seorang pegawai kanan pentadbiran Joe Biden memaklumkan Amerika Syarikat (AS) akan menyekat kemasukan dari Afrika Selatan dan negara jiran berkuat kuasa Isnin. 

Kanada pula mengumumkan akan menutup sempadan bagi pengunjung dari negara tersebut berikutan larangan penerbangan yang diumumkan Britain, Kesatuan Eropah (EU) dan lain-lain.

Dilaporkan, beberapa negara lain termasuk India, Jepun, Israel, Turki, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga memperketatkan sekatan perjalanan mereka. 

Setakat ini, varian baharu itu dilaporkan di Eropah membabitkan satu kes disahkan di Belgium selepas dikesan di Afrika Selatan, selain turut dilaporkan di Botswana, Israel dan Hong Kong.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Afrika Selatan, Joe Phaahla menyifatkan sekatan perjalanan dikenakan adalah tidak wajar.

Katanya, kajian awal hanya mencadangkan varian baharu itu mungkin lebih mudah ditularkan. – – AGENSI/REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya