MELBOURNE: Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton menegaskan negara itu tidak akan menyertai Amerika Syarikat (AS) mempertahankan Taiwan.
Lapor Reuters, Dutton berkata, ia adalah langkah yang ‘tidak dapat dibayangkan’ apabila Australia tidak lagi menyokong tindakan yang diambil oleh AS.
“Saya fikir kita perlu berterus-terang dan jujur tentang perkara itu dan melihat semua fakta dan keadaan tanpa pra-komitmen.
“China sangat jelas tentang niat mereka di Taiwan. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa terdapat tahap kesediaan yang tinggi, pencegahan yang lebih besar dengan keupayaan kita dan itulah cara saya berfikir kita meletakkan negara dalam kedudukan kekuatan,” katanya.
Rabu lalu, Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken berkata, AS dan negara sekutunya akan mengambil ‘tindakan’ yang tidak ditentukan, sekiranya China menggunakan kekerasan untuk mengubah status quo terhadap Taiwan.
Tentera China Selasa lalu menjalankan rondaan kesediaan tempur ke arah Selat Taiwan, selepas kementerian pertahanan negara itu mengecam lawatan delegasi kongres AS ke Taiwan.
China tidak menolak untuk menggunakan kekerasan bagi memastikan Taiwan berada di bawah kawalannya, namun menolak dakwaan bahawa perang akan berlaku.