WASHINGTON: Jabatan Kastam Amerika Syarikat (AS) mengenakan larangan import terhadap pengeluar sarung tangan getah Malaysia, Smart Glove atas dakwaan amalan buruh paksa.
Pengumuman terkini itu menjadikan Malaysia sebagai syarikat kelima yang dikenakan larangan tersebut dalam tempoh 15 bulan lalu.
Lapor Reuters, agensi itu dalam kenyataan memaklumkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengeluarkan ‘perintah tahan pelepasan’ untuk melarang import produk Smart Glove dan kumpulan syarikatnya.
Keputusan itu berdasarkan bukti kukuh yang menunjukkan ‘penggunaan buruh paksa’ di kemudahan pengeluaran syarikat Smart Glove.
Hasil siasatan mengenal pasti tujuh daripada 11 petunjuk amalan buruh paksa seperti yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam pengeluaran produk Smart Glove.
Namun, pihaknya tidak menyatakan petunjuk tersebut secara spesifik.
Smart Glove yang menghasilkan sarung tangan bagi kegunaan perubatan dan industri makanan belum memberikan sebarang komen.
Sebelum ini, syarikat-syarikat Malaysia lain yang pernah berdepan larangan oleh CBP adalah Sime Darby Plantation, FGV Holdings Bhd dan WRP Asia Pacific.