AS beri kelulusan terakhir vaksin Pfizer bagi kanak-kanak 5-11 tahun - Utusan Malaysia

AS beri kelulusan terakhir vaksin Pfizer bagi kanak-kanak 5-11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Amerika Syarikat (AS) sudah boleh menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNtech.

Pengumuman terkini itu sehari selepas Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS (FDA) meluluskan penggunaan vaksin bagi kategori umur tersebut.

Presiden AS, Joe Biden menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘titik perubahan’ membendung penularan wabak Covid-19.

Vaksin tersebut mendapat kelulusan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS untuk diberikan kepada 28 juta kanak-kanak di negara itu.

Pihak kerajaan akan berusaha membekalkan dos mencukupi bagi golongan tersebut sebelum dihantar ke seluruh negara.

“Hari ini, kita sudah mencapai titik perubahan untuk membasmi virus Covid-19.

“Vaksinasi terhadap kanak-kanak lebih muda akan menjawab segala kebimbangan ibu bapa serta mengurangkan risiko penyebaran virus oleh kanak-kanak kepada orang lain.

“Ini adalah langkah bermakna buat negara. Pihak berkuasa akan mula melakukan proses pembungkusan dan penghantaran jutaan dos hujung minggu ini,” kata Biden menerusi kenyataan yang disiarkan oleh White House.

FDA meluluskan suntikan dos 10 mikrogram vaksin Pfizer bagi kanak-kanak, iaitu lebih kurang berbanding 30 mikrogram bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Golongan tersebut akan menerima dua suntikan vaksin dalam jarak tiga minggu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya