CALIFORNIA: Apple Inc. dilaporkan terpaksa mengurangkan pengeluaran tablet Ipad bagi memperuntukkan lebih banyak komponen penghasilan iPhone 13.
Lapor Reuters, perkembangan itu menunjukkan syarikat gergasi teknologi itu mempunyai masalah bekalan mikrocip global berbanding sebelum ini.
Akhbar Nikkei melaporkan, pengeluaran Ipad semakin menurun berbanding rancangan asal Apple Inc. sejak dua bulan lalu.
Malah, beberapa komponen yang sepatutnya digunakan untuk model Iphone lama turut ditukar ke Iphone 13.
Walaupun pengeluaran iPhone 13 mengalamai masalah akibat penutupan kilang di Asia serta permintaan yang tinggi pada tempoh separuh kedua tahun ini, Apple berjaya mengharungi masalah bekalan yang lebih baik daripada syarikat lain disebabkan kuasa belinya yang besar dan perjanjian bekalan jangka panjang dengan vendor pengeluar mikrocip.
Sumber memaklumkan, pengeluaran Iphone 13 menjadi keutamaan kerana permintaan yang diramalkan lebih kukuh untuk telefon pintar tersebut berbanding Ipad khususnya dari pasaran Barat selepas wabak Covid-19 melanda dunia.