Apa selalu diucapkan oleh mereka yang sedang di hujung nyawa? -

Apa selalu diucapkan oleh mereka yang sedang di hujung nyawa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Menjaga ahli keluarga yang sakit memang sesuatu yang sukar, terutama apabila mereka sedang nazak dan berada di hujung nyawa serta bakal meninggalkan kita buat selama-lamanya, ia adalah pengalaman yang paling sukar.

Sesetengah orang tidak boleh menghadapinya dan tidak sanggup  berada di dalam bilik yang sama ketika orang yang disayangi meninggal dunia – tetapi seorang jururawat hospis menceritakan apa yang kebanyakan orang selalu katakan sebelum mereka meninggal dunia. Ini mungkin mengubah fikiran anda

Walaupun ada ayat-ayat yang kita sudang jangka namun ada juga yang akan menusuk ke dalam kalbu kita.

Julie McFadden telah bekerja sebagai jururawat untuk menjaga mereka yang nazak selama lima tahun, di mana sbelum ini dia berkhidmat di unit rawatan rapi selama lebih sedekad.

Dia kini turut memuat naik video ke TikTok tentang pekerjaannya dan berkata dia berminat untuk mendidik orang ramai mengenai kematian, dan cara untuk bersedia menghadapinya lebih awal.

Bercakap kepada The Sun, dia berkata: “Bahagian terbaik tentang pekerjaan saya ialah mendidik pesakit dan keluarga tentang nazak dan kematian serta menyokong mereka dari segi emosi dan fizikal.

“Selain itu, membantu mereka memahami perkara yang perlu dihadapi adalah satu lagi tugas saya sebagai jururawat hospis.”

Bercakap tentang detik-detik terakhir seorang insan, dia menjelaskan: “Terdapat sesuatu yang kebanyakan orang katakan sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir dan biasanya ‘Saya sayang kamu’ atau mereka memanggil ibu atau ayah mereka – yang biasanya sudah meninggal dunia.”

Dia juga baru-baru ini membincangkan beberapa perkara yang boleh berlaku pada akhir hayat seseorang yang kelihatan ‘tidak normal’ tetapi ‘sebenarnya benar-benar normal.”

Ini termasuk perubahan dalam pernafasan, perubahan warna kulit, ‘rembesan terminal’ dan demam, yang mungkin tidak dijangkakan oleh orang ramai.

Ketika ditanya, jururawat berpengalaman itu berkata, kebanyakan orang yang meninggal dunia secara semula jadi menunjukkan tanda-tanda dan gejala yang sama.

Julie menjelaskan: “Gejala-gejala fasa mati secara aktif termasuk perubahan dalam kesedaran (tidak sedarkan diri), perubahan dalam pernafasan, bintik-bintik dan rembesan terminal.

“Ini adalah perkara biasa dan tidak menyakitkan atau tidak selesa. Badan kita menjaga diri kita pada akhir hayat – semakin kurang kita campur tangan, semakin baik.”

Jururawat yang berdedikasi itu berkata, bahawa dia gembira kerana mempunyai platform untuk mendidik orang ramai tentang kematian – dan sokongan penting yang boleh ditawarkan oleh pihak hospital kepada seisi keluarga.

“Saya mahu menormalkan kematian dengan mendidik orang ramai mengenainya. Saya pulang ke rumah untuk melawat keluarga saya, dan anak saudara perempuan saya menggunakan TikTok membuat video tarian,” jelasnya.

“Saya kemudiannya menggunakan TikTok untuk melihat tarian mereka. Ini memberi saya idea untuk memulakan TikTok saya sendiri tentang nazak dan kematian, empat hari kemudian saya melakukannya dan ia bermula.

“Saya telah melakukannya selama enam bulan sekarang dan mempunyai lebih 340,000 pengikut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya