Angkasawan ISS pulang ke Bumi pakai lampin pakai buang - Utusan Malaysia

Angkasawan ISS pulang ke Bumi pakai lampin pakai buang

ROKET SpaceX yang membawa angkasawan ke ISS pada 23 April lalu berlepas di Florida, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Para angkasawan yang meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam terpaksa memakai lampin pakai buang orang dewasa kerana tandas dalam kapsul SpaceX yang digunakan untuk pulang ke Bumi rosak.

Angkasawan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Megan McArthur menyifatkan situasi itu sebagai ‘pilihan yang tidak menyenangkan namun masih boleh diurus’.

Dia dan tiga lagi angkasawan akan menghabiskan masa selama 20 jam di dalam kapsul tersebut, bermula semalam sehingga mendarat hari ini.

“Penerbangan kapal angkasa penuh dengan cabaran dan kami berjaya harunginya, maka kami tidak perlu terlalu risau,” katanya.

Selepas beberapa siri mesyuarat, pengarah misi memutuskan untuk membawa pulang keempat-empat angkasawan itu sebelum menggantikan mereka dengan angkawasan lain.

Angkawasan dari Perancis, Thomas Pesquet yang turut akan pulang bersama McArthur memberitahu, tempoh enam bulan lepas berlalu dengan pelbagai situasi tegang.

Antaranya, mereka terpaksa berjalan di angkasa bagi menaik taraf jana kuasa ISS dan kebocoran tandas.

Selain itu, para angkasawan juga menanam sejumlah cili dan menyifatkan rasa tanaman itu sedap.

Roket Falcon 9 milik SpaceX membawa mereka ke ISS pada 23 April lalu dan seorang angkasawan Amerika Syarikat serta dua dari Rusia akan kekal di stesen tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya