Anggota polis ditikam di selatan Perancis - Utusan Malaysia

Anggota polis ditikam di selatan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang anggota polis di Perancis diserang oleh lelaki yang bersenjatakan pisau di selatan bandar Cannes, awal pagi tadi.

Namun, anggota keselamatan itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmain memaklumkan penyerang berjaya ditembak oleh anggota polis lain yang berada di lokasi kejadian dan suspek mengalami kecederaan parah.

“Anggota polis yang ditikam itu tidak mengalami kecederaan kerana tikaman itu mengenai jaket kalis pelurunya,” tulisnya dalam Twitter.

Sumber pihak polis memaklumkan kemungkinan besar ia adalah serangan pengganas.

Semasa kejadian, mangsa berada di bahagian belakang tempat duduk kereta di hadapan balai polis pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

Suspek tiba-tiba membuka pintu kereta dan menikam mangsa dengan pisau.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya