Anggota polis dirikan sekolah pondok untuk anak-anak banduan - Utusan Malaysia

Anggota polis dirikan sekolah pondok untuk anak-anak banduan

PENGASAS Sekolah Pondok Abdul Rahman Bin Auf, Surono mengajar mengaji sebahagian daripada pelajarnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WONOGIRI: Seorang anggota polis tekad mendirikan sekolah pondok untuk golongan anak-anak yatim dan miskin bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan secara percuma.

Malahan, sekolah pondok itu juga dikhaskan untuk anak-anak yang menjadi mangsa penderaan ibu bapa sehingga anak-anak banduan yang masih ditahan dalam penjara.

Anggota polis itu, Surono mula memasang niat untuk membantu golongan kanak-kanak tidak bernasib baik sejak beliau mula berkhidmat di balai polis Wonogiri, Jawa Tengah sejak 2015.

Katanya, beliau tidak sanggup melihat masa depan golongan kanak-kanak tersebut menjadi sia-sia, terutamanya anak-anak banduan yang ibu bapa mereka masih dalam penjara.

“Saya mahu golongan kanak-kanak ini mempunyai masa depan yang baik, akhlak yang baik dan tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan ibu bapa mereka.

“Disebabkan itu, saya tekad untuk dirikan sekolah pondok untuk memberikan mereka pendidikan secara percuma kerana melalui pendidikan, masa depan mereka boleh diubah menjadi baik,” katanya.

Selain itu, Surono menegaskan, akhlak yang baik juga bermula daripada didikan agama yang mencukupi dan menyeluruh.

Pada tahun lalu, sekolah pondok tersebut mula didirikan dan diberi nama Abdul Rahman Bin Auf.

Surono memberitahu, sekolah pondok itu turut dilengkapi dengan tempat tidur, selain para pelajar diberi makan serta minum percuma.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 54 anak yatim di sekolah pondok tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN