Amah dipenjara bagi bayi 13 bulan susu campur ubat Anarex - Utusan Malaysia

Amah dipenjara bagi bayi 13 bulan susu campur ubat Anarex

AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah Indonesia dipenjara enam bulan selepas didapati bersalah memberikan susu yang dicampurkan dengan ubat Anarex kepada bayi tersebut.

Anarex merupakan sejenis ubat mengantuk yang lazimnya diberikan bagi merawat demam, selesema dan tahan sakit.

Lapor Berita.mediacorp., wanita berusia 32 tahun melakukan perkara tersbeut kerana mahu bayi yang dijaganya tidur nyenyak sepanjang malam.

Wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan menggunakan bahan yang melemahkan.

Mahkamah dimaklumkan wanita itu diambil bekerja oleh ibu bayi tersebut bagi menjaga anaknya dan melakukan kerja rumah.

Tertuduh sudah bekerja dengan keluarga tersebut selama 14 bulan dan tidak mempunyai sebarang masalah mengenai pekerjaannya, melainkan hanya berasa penat kerana perlu menjaga bayi.

Namun, dia tidak memberitahu majikannya tentang keadaan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam, 5 Disember tahun lalu, ketika ibu mangsa menyuruh pembantu rumah tersebut memberikan susu kepada bayi yang berusia 13 bulan ketika itu.

Wanita itu mengambil botol susu dari dapur yang sudah mengandungi susu sebanyak 100 milimeter dan memasuki biliknya untuk mengambil pil Anarex dari almari.

Tertuduh dalam keadaan sedar tahu Anarex merupakan bahan melemahkan yang juga boleh menyebabkan seseorang berasa mengantuk, kerana dia pernah mengambilnya beberapa kali.

Dia merancang untuk memberi ubat itu kepada bayi tersebut pada lewat petang, supaya bayi itu akan tidur nyenyak sepanjang malam dan tidak perlu diberikan susu.

Amah itu meletakkan pil Anarex ke dalam botol susu, lalu memberikannya kepada bayi itu.

Bayi itu minum sekitar 90 milimeter susu yang diberikan lalu terlelap sekitar 20 minit kemudian.

Amah itu kemudian meletakkannya ke dalam katil bayi sebelum dia pergi ke dapur untuk membasuh botol susu berkenaan.

Sementara itu, sepupu bayi itu ternampak sesuatu yang berwarna biru dan putih di dalam botol susu itu, lalu memaklumkan hal itu kepada ibu bayi tersebut.

Beliau memeriksa botol susu tersebut dan menemui pil Anarex di dalamnya.

Tertuduh mengaku membubuh pil Anarex ke dalam botol susu itu dan meminta maaf.

Ibu bayi itu kemudian menghubungi pihak polis.

Anaknya diperiksa di hospital pada keesokan hari dan didapati berada dalam keadaan baik dan stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya