Adik cangkul kepala abang hingga mati - Utusan Malaysia

Adik cangkul kepala abang hingga mati

KEADAAN mangsa yang cedera parah ketika dirawat di hospital sebelum meninggal dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang adik tergamak memukul abang sendiri menggunakan cangkul sehingga mati kerana sakit hati sering dihina dan dimaki mangsa.

Kejadian itu berlaku di kawasan sawah padi di Dusun XII Lubuk Tampu di Ramunia, daerah Beringin.

Jurucakap polis, M. Firdaus mengesahkan kejadian itu.

“Motif pembunuhan adalah suspek berasa sakit hati dengan abangnya yang sering memaki dan menghinanya.

“Tindakan itu menyebabkan suspek menyimpan dendam terhadap mangsa dan berniat untuk membunuhnya,” katanya.

Jelas Firdaus, kejadian berlaku apabila suspek membawa cangkul ke sawah sebelum bertemu dengan abangnya.

Berlaku pertengkaran dan mangsa didakwa terus memaki adiknya sehingga menyebabkan lelaki itu hilang sabar lalu memukul kepala mangsa bertubi-tubi menggunakan cangkul tersebut.

“Selepas memukul abangnya, suspek berlalu pergi dan mangsa ditemukan penduduk kampung sebelum membawanya ke hospital dan meninggal dunia.

“Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia tidak tahu kenapa abangnya sering memakinya, walaupun dia tidak melakukan kesalahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya