SIERRA LEONE: Sekurang-kurangnya 91 orang maut dan 100 yang lain cedera selepas sebuah lori tangki yang membawa bahan api meletup akibat berlaku perlanggaran dengan trak lain di stesen minyak di Freetown, Sierra Leone.
Letupan turut menyebabkan mangsa yang berada di dalam kereta dan tepi jalan tersebut rentung terbakar.
“Kami menemui 91 mayat di kawasan tapak kejadian dengan pihak ambulans,” kata pekerja penyelamat.
Jururawat di hospital turut mengesahkan banyak mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan mengalami kecederaan serius.
Menurut saksi, letupan berlaku apabila sebuah lori tangki terbakar di stesen minyak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.-AFP