KANO: Seramai tujuh kanak-kanak perempuan lemas selepas bot yang dinaiki terbalik ketika merentasi sungai di Jigawa, utara Nigeria.
Semua mangsa berusia antara 10 hingga 12 tahun dalam perjalanan ke rumah pada lewat malam selepas menghadiri acara keagamaan.
Jurucakap polis di Jigawa berkata, tiga mangsa berjaya diselamatkan, manakala, tujuh yang lain disahkan mati.
Kesemua mangsa yang pulang pada pukul 12.15 pagi membuat keputusan mendayung bot yang ditemui di tebing sungai sendiri tanpa tekong.-AFP