68 maut banduan merusuh dalam penjara di Ecuador - Utusan Malaysia

68 maut banduan merusuh dalam penjara di Ecuador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUAYAQUIL: Sejumlah banduan saling bergaduh dan merusuh sesama mereka menggunakan senjata api, termasuk pistol dan bahan letupan serta pisau di sebuah penjara di sini semalam.

Insiden itu menyaksikan sekurang-kurangnya 68 orang maut dan beberapa serangan dilaporkan masih berlaku dan bunyi tembakan dapat didengar di sekitar penjara berkenaan.

Rusuhan itu berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan kelmarin apabila sejumlah banduan cuba memasuki Blok 2 di kompleks penjara tersebut.

Blok itu menempatkan ‘musuh’ mereka dan sebaik sahaja kawasan itu diceroboh, kumpulan banduan itu melepaskan tembakan dan meletupkan bahan letupan.

Keadaan itu menyebabkan pasukan polis dikerah ke lokasi kejadian.

Polis memaklumkan, mereka mengambil masa kira-kira sejam untuk meredakan keadaan berikutan rusuhan yang teruk dan mereka tidak mahu membahayakan nyawa anggota.

Pejabat pendakwa raya Ecuador dalam Twitter pula menyatakan, 25 banduan turut cedera dalam insiden tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya