600 pendatang bersesak dalam treler untuk masuk AS - Utusan Malaysia

600 pendatang bersesak dalam treler untuk masuk AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sejumlah pendatang dari 12 negara merupakan antara 600 orang yang ditemukan bersembunyi di belakang dua buah treler di timur Mexico semalam.

Institut Pendatang Kebangsaan Mexico (INM) memaklumkan, kebanyakan pendatang itu berasal dari Guatemala dengan 401 orang, 53 dari Honduras, Republik Dominika (40), Bangladesh (37), Nicaragua (27), El Salvador (18) dan Cuba (8).

Selain itu, terdapat juga pendatang dari Ghana, Venezuela, Ecuador, India dan Cameroon ditemukan dalam dua treler tersebut di negeri Veracruz.

Menurut INM, 455 pendatang itu merupakan lelaki dan 145 wanita.

Kesemua pendatang yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing atau diberi peluang untuk tinggal di negara ini.

Kebanyakan pendatang dari Amerika Tengah memasuki Mexico kerana ingin mendapatkan suaka di Amerika Syarikat (AS) bagi keluar dari kesempitan hidup dan konflik. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya