52 maut kemalangan lombong arang batu, Rusia berkabung tiga hari - Utusan Malaysia

52 maut kemalangan lombong arang batu, Rusia berkabung tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRAMOTEINO: Wilayah Keremovo berkabung selama tiga hari bermula hari ini susulan kematian 52 pelombong akibat sesak nafas selepas terhidu asap di lombong arang batu, di sini.

Kemalangan itu berlaku di lombong arang batu Listvyazhnaya pada awal pagi semalam dan dipercayi berpunca akibat letupan gas.

Jumlah mangsa korban itu turut melibatkan enam anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari serta menyelamat.

Pemangku Menteri Kecemasan Rusia, Alexander Chupriyan menyifatkan insiden itu sebagai tragedi yang amat menyedihkan buat negara ini.

“Jasa dan sumbangan mereka akan terus dikenang dan kesedihan ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati asap itu mungkin berpunca daripada letupas gas metana.

Insiden itu juga menyaksikan 50 pelombong cedera dan kini mendapatkan rawatan di hospital. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya