46 pelancong rentung bas terbakar di Bulgaria - Utusan Malaysia

46 pelancong rentung bas terbakar di Bulgaria

KEADAAN bas yang hangus terbakar di lokasi kejadian. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOFIA: Sekurang-kurangnya 46 penumpang termasuk 12 kanak-kanak maut selepas sebuah bas yang membawa kebanyakannya pelancong Macedonia Utara terbakar di lebuh raya di barat Bulgaria.  

Menurut pihak berkuasa, tujuh orang yang berjaya selamatkan diri daripada kemalangan itu dikejarkan ke hospital di Sofia dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Dalam Negeri Bulgaria mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, punca kemalangan belum dapat dipastikan namun bas itu dikatakan merempuh penghadang lebuh raya sama ada sebelum atau selepas terbakar.

Rakaman televisyen menunjukkan bas berkenaan hangus terbakar di tengah lebuh raya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Boyko Rashkov, penumpang terperangkap di dalam bas tersebut ketika ia terbakar, menyebabkan mereka rentung.

“Kami mengalami tragedi besar di sini dan keadaan di lokasi kejadian amat mengerikan,” kata Perdana Menteri sementara Bulgaria, Stefan Yanev kepada pemberita.  

Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Struma, kira-kira 45 kilometer barat Sofia pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika bas tersebut dalam perjalanan pulang ke Skopje dari percutian hujung minggu di Istanbul. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya