45 juta penduduk dunia berdepan kebuluran - PBB - Utusan Malaysia

45 juta penduduk dunia berdepan kebuluran – PBB

ORANG ramai beratur untuk mendapatkan bekalan makanan yang disumbangkan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) di Kabul, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendedahkan , jumlah penduduk yang berdepan kebuluran di 43 negara meningkat kepada 45 juta orang.

Jumlah itu meningkat dari 42 juta pada awal tahun ini selepas dianggarkan tiga juta orang lagi berdepan kebuluran di Afghanistan akibat pergolakan politik di negara tersebut.

Ketua Pengarah WFP, David Beasley berkata, beberapa faktor termasuk konflik, perubahan iklim dan Covid-19 menyebabkan jumlah penduduk dunia berdepan kebuluran semakin tinggi.

“Data terkini menunjukkan lebih 45 juta orang ‘bertungkus-lumus meneruskan kehidupan akibat kebuluran’.

“Harga minyak naik, harga makanan naik, baja tanaman mahal dan semua masalah ini sedang berlaku di Afghanistan ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Beasley menyatakan dana yang diperlukan untuk mengurangkan kebuluran dunia dianggarkan sebanyak AS$7 bilion (RM29 bilion).

Katanya, keluarga yang berdepan kebuluran terdesak membuat pilihan yang tidak sewajarnya, termasuk menjual anak, mengahwinkan anak pada usia awal atau menghentikan persekolahan mereka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya