Wanita ‘curi’ identiti kakak, tinggal 19 tahun di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Wanita ‘curi’ identiti kakak, tinggal 19 tahun di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pihak berkuasa ke­selamatan menyoal siasat seorang wanita ekspatriat yang didakwa ‘menyamar’ sebagai kakaknya yang telah meninggal dunia.

Malah, wanita ekspatriat itu menetap di Arab Saudi selama 19 tahun dengan menggunakan identiti arwah kakaknya.

Lapor Saudi Gazette, seorang ahli keluarga tertuduh memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai tindakan wanita terbabit yang disyaki menyalahgunakan kad pengenalan si mati yang mempunyai kerakyatan Arab Saudi.

Berdasarkan laporan akhbar Al-Watan, ahli keluarga berkenaan membuat laporan polis berhubung wanita itu setelah berlaku pergaduhan antara mereka.

Semasa disoal siasat, wa­nita itu mengaku melakukan jenayah tersebut dengan me­nyatakan dia menyamar selepas kematian kakaknya.

“Dia melakukannya dengan kerjasama suami yang telah mengahwini kakaknya sebelum arwah meninggal dunia,” jelas pihak berkuasa.

Wanita itu terus menggunakan identiti si mati selepas kematian suaminya.

Dilaporkan, pada awal siasatan, wanita ekspatriat itu cuba mengelirukan pegawai keselamatan dengan memberikan keterangan bertenta­ngan.

Namun, pegawai mendapati kenyataannya bercanggah termasuk beberapa maklumat seperti usia yang tidak selaras dengan data dalam kad pengenalan Arab Saudi yang dibawa bersamanya.

“Selepas lebih sejam me­ngulangi kenyataan sama, akhirnya dia putus asa dan mengakui melakukan jenayah tersebut dengan memaklumkan kakaknya merupakan pemilik sebenar kad pengenalan itu,” jelas pihak berkuasa.

Wanita itu mendakwa suaminya merupakan warganegara Arab Saudi yang bernikah dengan kakaknya dan me­netap bersama di negara ini.

Selepas itu, kakak tertuduh memperoleh status warganegara selepas perkahwinan itu.

“Kakaknya kemudian jatuh sakit dan terpaksa dibawa pulang ke negara asal dan dilaporkan meninggal dunia.

“Suami kakaknya kemudian berkahwin dengan wa­nita itu dan membawanya ke Arab Saudi dengan menyamar menggunakan identiti si mati.

“Ini membolehkannya menggunakan nama dan kad pengenalan kakaknya yang sudah meninggal dunia,” jelas pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya