Uganda buka semula sekolah selepas 2 tahun ditutup - Utusan Malaysia

Uganda buka semula sekolah selepas 2 tahun ditutup

YOWERI Museveni
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Presiden Uganda, Yoweri Museveni mengumumkan semua sekolah akan dibuka semula bermula Januari depan.

Pembukaan sekolah itu dibuat selepas hampir dua tahun diarahkan tutup akibat pandemik Covid-19.

Lapor BBC, Museveni berkata, pembukaan sekolah itu akan dilakukan tanpa mengambil kira jumlah penduduk yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Dilaporkan, kira-kira sembilan peratus penduduk di Uganda lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ramai guru meninggalkan kerjaya sebagai guru untuk menampung kehidupan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya