LONDON: Pengguna media sosial ‘berkumpul’ di Twitter sebagai reaksi terhadap gangguan perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp selama hampir enam jam.
BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan tersebut semuanya dimiliki Facebook, tidak dapat diakses melalui aplikasi web atau telefon pintar.
Twitter dan Reddit adalah antara beberapa syarikat teknologi yang digunakan netizen bagi ‘mengejek’ perkhidmatan pesaing.
Twitter antaranya, menjadi platform yang penuh dengan kata-kata sinis dan ‘mesej menyeronokkan’ ekoran masalah dihadapi Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Nama-nama besar dalam dunia hiburan termasuk Dolly Parton, tidak ketinggalan mengambil kesempatan menggunakan Twitter bagi ‘membahan’ Facebook.