Tunggang basikal atas bilah turbin angin - Utusan Malaysia

Tunggang basikal atas bilah turbin angin

DANNY MacAskill berbasikal di atas sebilah turbin angin untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim. – YOUTUBE DANNY MACASKILL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pelumba basikal aksi lagak ngeri dilaporkan menunggang di atas sebilah turbin angin sepanjang 70.10 meter dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim.

Lapor Daily Mail, Danny MacAskill, 35, dari Dunvegan di Isle of Skye berbasikal di sepanjang bilah turbin yang tinggi di Alveston Wind Park di Gloucestershire.

Aksi itu dilakukan menjelang Persidangan Perubahan Iklim COP26 yang akan berlangsung di Glasgow, dari 1 hingga 12 November depan.

MacAskill menyahut cabaran berani itu dalam usaha menunjukkan sebahagian besar bekalan tenaga elektrik berasal daripada sumber boleh diperbaharui.

Satu klip video yang disiarkan dalam YouTube MacAskill, 23 Oktober lalu menunjukkan lelaki itu berdiri di bahagian atas turbin dengan basikalnya.

Selepas berjaya melaksanakan lagak ngeri itu, MacAskill berdiri di bilah turbin angin dan mengangkat basikal ke atasnya.

“Saya berlakon dalam filem ini untuk COP26 dan menyedari betapa pentingnya tenaga boleh diperbaharui.

“Saya berasa gembira mengetahui tenaga boleh diperbaharui meningkat dan keseimbangan juga berubah. Semoga planet ini akan semakin pulih,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya