Thailand bangunkan projek tenaga solar terbesar dunia - Utusan Malaysia

Thailand bangunkan projek tenaga solar terbesar dunia

PROJEK tenaga solar di Empangan Sirindhorn di wilayah Ubon Ratchathani.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand membangunkan projek tenaga solar terbesar di dunia yang dipasang di permukaan air dengan 144,000 panel solar berasingan bersamaan 100 padang bola sepak.

Lapor Channel News Asia, projek di empangan Sirindhorn itu boleh menghasilkan kuasa elektrik 45 megawatt dan boleh menjana tambahan 36 megawatt sekali gus membekalkan tenaga elektrik di tiga wilayah di timur Thailand.

Projek itu dibangunkan di wilayah Ubon Ratchathani yang dapat membantu menangani isu terbesar mengenai pembangunan infrastruktur tenaga solar, kekurangan dan kos tanah.

Panel solar itu boleh menghasilkan tenaga elektrik sepanjang hari semasa matahari bersinar dan empangan kuasa hidro boleh beroperasi pada waktu malam.

Pembangunan projek panel solar terapung itu adalah yang pertama kali dilancarkan di seluruh Thailand kerana negara itu mengambil langkah awal menyahkarbon sektor tenaga.

Permukaan empangan itu biasanya tidak digunakan kecuali bagi aktiviti memancing dalam skala kecil yang boleh diteruskan selepas pemasangan panel solar tersebut.

Timbalan Gabenor Pembangunan Loji Elektrik dan Tenaga Boleh Diperbaharui (EGAT) Prasertsak Cherngchawano berkata, secara keseluruhan teknologi fotovoltaik lebih murah berbanding tenaga solar dan pihaknya dapat menjimatkan kos tanah di Thailand.

Prasertsak turut mengesahkan rancangan pembinaan sebuah lagi projek solar terapung yang lebih kecil di utara Thailand.

Susulan itu, beliau menjangkakan negara akan melancarkan lebih banyak projek tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan beban alam sekitar serta ketidaktentuan ekonomi bahan api fosil.

Bahan api fosil masih mendominasi pengeluaran sumber tenaga dan pelepasan karbon di seluruh Thailand.

Thailand selama beberapa dekad bergantung kepada gas asli untuk sumber tenaga.

Negara Asia Tenggara lain turut menunjukkan minat sama apabila Singapura membangunkan skim panel solar serupa di kolam Takungan Tengeh dan projek serupa akan dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya