Selain 19 patah perkataan, ada ibu bapa daftar anak dengan nama 'Pocong', 'Hantu', 'Kentut' - Utusan Malaysia

Selain 19 patah perkataan, ada ibu bapa daftar anak dengan nama ‘Pocong’, ‘Hantu’, ‘Kentut’

PETUGAS melakukan proses mencetak sijil kelahiran anak. - CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selain isu anak memiliki nama dengan 19 patah perkataan, ada juga kalangan ibu bapa meletakkan perkataan ‘Pocong’ dan ‘Kentut’ sebagai nama pada anak untuk didaftarkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kependudukan dan Catatan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Zudan, susulan isu masalah yang diketengahkan oleh seorang bapa yang mahu mendaftarkan nama anaknya yang ada 19 patah perkataan.

Menurut Zudan, nama ‘Pocong’ dan ‘Kentut’ itu diketahui daripada data kependudukan.

“Kita amat prihatin terhadap nama anak-anak ini. Kita bimbang nama-nama seperti itu akan jadi permasalahan bagi si anak pada masa depan.

“Ada anak yang diberikan nama Pocong, Hantu dan Kentut. Kasihan nanti anaknya kalau dibuli oleh kawan-kawannya,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Zudan berkata, negara tidak mengehadkan penduduk untuk menamakan anak dan itu adalah hak setiap ibu bapa.

Namun jelasnya, masyarakat disaran supaya bijak memberikan nama kerana nama itu akan digunakan si anak seumur hidup.

“Berikanlah nama yang indah, nama berupa doa,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pihak agar tidak memberikan nama yang terlalu panjang bagi memudahkan proses pendaftaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya